Jamu Ratu Dara : Ori ker tiruan?

Ada kalangan pengguna Jamu Ratu Dara yang berasa was-was untuk membeli Jamu Ratu Dara kerana takut terbeli produk tiruan. Jom semak ciri-ciri keselamatan yang menjadi pengukur sama ada produk yang dibeli adalah ori atau tiruan..



Kalau belum jelas boleh refer gambar di bawah ye..


P/s: Saya jual yg ori taw..:)



Jamu Ratu Dara & Ratu Mirifica Plus: Supplement Herba Wanita

BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.


Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah:


1) cepat letih

2) mengah
3) tidur tidak lena
4) asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. 

Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada.


PUNCANYA? 
Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti:


1) haid tidak teratur

2) kulit tidak licin dan cerah
3) payu dara tidak anjal
4) rahim lemah
5) tangan dan kaki sejuk
6) otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup.
 
Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut.


Jadi, apa tunggu lagi? Amalkanlah supplement harian yang baik untuk kesihatan anda. 



Jamu Ratu Dara & Ratu Mirifica Plus adalah supplement terbaik kaum wanita ♥ 
Anda cuba, anda tahu.


Herba Pueraria Mirifica : Ratu Mirifica Plus


Spesies dan asal usul pueraria mirifica

Semua sekali, terdapat sebanyak 13 spesies keluarga pueraria. Walaubagaimanapun hanya satu spesies pueraria sahaja yang bermanfaat untuk manusia dan ia hanya tumbuh di utara Thailand iaitu pueraria mirifica. Pueraria mirifica turut dikenali dengan nama Kwao Krua atau Butea Superba. Pueraria yang tumbuh di negara-negara lain seperti Malaysia dan Indonesia, tidak mampu melakukan apa yang dilakukan olah pueraria mirifica.

Seorang doktor dari barat pernah datang ke Thailand semata-mata untuk mengkaji tumbuhan yang mengagumkan ini. Beliau membuat kajian terhadap pueraria mirifica dan mendapat keputusan yang sungguh memeranjatkan dan mengagumkan. Penduduk di kawasan di mana pueraria mirifica tumbuh, mempunyai peratusan kanser payudara yang sangat rendah dan mempunyai jangka hayat yang panjang. 

Berdasarkan hasil kajiannya, beliau mendapati bahawa pueraria mirifica adalah 3000 kali lebih kuat berbanding Genistein dan membuatkan Black Cohosh dan juga Red Clover tak ubah seperti gula-gula. Genistein adalah bahan yang terdapat dalam kacang soya yang digunakan untuk wanita yang telah menopaus. Black Cohosh digunakan untuk terapi hormon.  Red Clover pula digunakan untuk merawat imun sistem dalam badan. 

Tunas pada pueraria mirifica mengandungi phytoestrogens seperti miroestrol, deoxymiroestrol yang mana tidak terdapat pada mana-mana tumbuhan lain. ianya adalah jauh lebih kuat berbanding soya atau isoflavone dari red clover. Sekarang ia sedang dikaji untuk digunakan sebagai 'terapi penggantian hormon'.








KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA


1. Menstabilkan hormon estrogen.

2. Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut
3. Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan rambut
4. Membantu meningkat selera makan
5. Membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat
6. Membantu memulihkan daya ingatan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
9. Membantu memantapkan payudara.




Ehsan : Google


1. Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.


2. Kelebihan utama herba Pueraria mirifica adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh badan wanita.

3. Antara lain kelebihan herba Pueraria mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat
membantu mengurangkan masalah kedutan pada kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan anda tampak lebih muda.

4. Di samping itu, Pueraria mirifica juga dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut
akan tampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas menjalani kehidupan seharian.

5. Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk menambahkan selera makan, membantu memulihkan
daya ingatan serta melancarkan perjalanan darah. Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih lena pada waktu malam.

6. Herba Pueraria mirifica ini juga dapat mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada proses penuaan. Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.

7. Kesimpulannya, herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna bagi
golongan wanita untuk memelihara kesihatan agar kekal cergas dan bertenaga, di samping kelihatan menarik dan lebih muda daripada usia sebenar.






Sumber artikel : Penawar Herba KitaWikipedia

Petua Untuk Merawat Sembelit


Pilihan 1: 

Makan buah pisang atau betik selalu.

Pilihan 2: 

Ambil 2 biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini 2 kali sehari sehingga sembuh.

Pilihan 3: 

Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

Pilihan 4: 

Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Pilihan 5: 

Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Minum sebanyak 3 pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

Pilihan 6: 

Minum air kopi pahit yang tidak bergula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tersebut. Sesudah dibancuh pekat, minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkannya dan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.


Ehsan: Google


PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله


Sumber: Facebook E-Petua

Promosi Felinna Inch Loss


Dapatkan 2 botol Felinna Lotion pada harga RM120 sahaja

 **FREE POSTAGE**

Murah!! Murah!!

Sah dari 2 - 12 Feb 2013 ... 

SMS Giedah ( 017-4050930 ) atau PM di Facebook Page GiedahOn9Shoppe segera..