Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Petua. Papar semua catatan

Petua Untuk Merawat Sembelit


Pilihan 1: 

Makan buah pisang atau betik selalu.

Pilihan 2: 

Ambil 2 biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini 2 kali sehari sehingga sembuh.

Pilihan 3: 

Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

Pilihan 4: 

Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Pilihan 5: 

Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Minum sebanyak 3 pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

Pilihan 6: 

Minum air kopi pahit yang tidak bergula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tersebut. Sesudah dibancuh pekat, minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkannya dan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.


Ehsan: Google


PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله


Sumber: Facebook E-Petua

Petua Merawat Keputihan

Petua Tradisional Untuk Merawat Keputihan

Pilihan 1: 

Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan tiga gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.

Pilihan 2: 

Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tapis dan minum.

Pilihan 3:


 Ambil kira-kira 30 gram daun baru Cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.

Pilihan 4: 


Ambil 20gram daun dan akar Tapak Leman dan potong kecil. Sertakan juga 10 gram daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gram daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum 2 kali sehari sebelum datang haid.

Pilihan 5: 


Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.

Pilihan 6: 


Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.

Pilihan 7: 


Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.

Pilihan 8: 


Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.

Pilihan 9: 


Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk. Digunakan sebagai ubat sapu.

Pilihan 10: 


Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila sudah sejuk.

Macam2 petua kan? Mungkin boleh diamalkan kepada yang rajin..:)..

Untuk rakan2 yang tak rajin cam saya boleh juga mengamalkan Jamu Ratu Dara ni..berkesan untuk merawat keputihan..




Petua Merawat Senggugut

Petua Tradisional Untuk Merawat Senggugut

Pilihan 1: 
Teh pahit tanpa gula boleh meringankan masalah senggugut.Teh ini diminum segelas ketika sakit senggugut memuncak. Jangan tambah gula kerana ini akan menghilangkan kesannya.

Pilihan 2: 
Buah petola yang biasa ditanam dikampung-kampung boleh mengurangkan kesakitan senggugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana anda cuma perlu memakan sebarang masakan dari petola ini selama seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 3:
Ambil kunyit, asam jawa dan gula merah dan rebus. Segelas rebusan ini diminum selepas makan tengahari dan segelas lagi selepas makan malam, seminggu sebelum kedatangan haid.

Pilihan 4:
Kucai mentah yang selalunya dijadikan sayur juga boleh membantu mengurangkan senggugut. Ccaranya ialah jus kucai diminum 3 kali sehari semasa kedatangan haid.

Pilihan 5:
Daun kemunting cina yang biasa tumbuh liar di kawasan semak dan tanah perkuburan juga boleh digunakan untuk mengurangkan sakit ketika senggugut menyerang. Tumbuhan ini yang dikenali juga dengan nama rumput jalang, rumput sundal tapak dara atau ros pantai, selalunya boleh dijumpai dalam 2 warna - ungu dan putih. Untuk tujuan mengubat senggugut pilih pokok yang berbunga putih. Caranya ialah dengan merendam sehelai daunnya yang tua ke dalam secawan air panas. Air ini ditapis dan diminum sekali sehari ketika senggugut.

Pilihan 6:
Daun mas cotek atau secotek emas yang tua juga boleh digunakan mengikut kaedah yang sama. Bezanya ialah ia diminum 2 kali sehari.

Pilihan 7:
Pucuk rambutan yang direbus dan dijadikan ulam boleh meredakan senggugut.

Pilihan 8:
Daun ati-ati atau bangun-bangun atau dikenali juga sebagai pokok nilam yang banyak ditanam di sekeliling rumah, boleh membantu merawat senggugut. Kaedahnya daun ati-ati ditumbuk lumat dan ditambah air. Tapis dan minum patinya selama 3 hari sebelum sarapan.

Pilihan 9:
Ambil madu lebah dan campurkan bersama 2 sudu teh jintan hitam yang ditumbuk lumat, dan dicairkan ke dalam segelas air panas. Minum setiap kali sebelum sarapan. Amalan ini perlu dihentikan ketika kedatangan haid.

Pilihan 10:
Daun dedap yang biasa digunakan sebagai ulam juga boleh digunakan bersama 7 biji lada sulah, seulas bawang putih dan digaul bersama cuka nipah. Campuran berupa pes ini ditampal pada bahagian ari-ari ketika kedatangan haid.

Pilihan 11:
Halia berkhasiat untuk mengurangkan kesakitan senggugut. Ambil 5 cawan air dan rebus bersama 20 gram halia,10 gram kayu putih, 10 gram jintan manis,10 gram kulit kayu manis sehingga surut menjadi satu cawan. Campuran ini diminum sekali sehari ketika sakit.

Pilihan 12:
Ambil secekak pucuk senduduk dan kunyit yang dikisar bersama dan rebus dengan 3 cawan air. Biarkan air rebusan surut hingga tinggal satu cawan. Air ini ditapis dan diminum ketika senggugut menyerang.


Sumber: Facebook Ensaiklopedia Petua Melayu Lama


p/s: Amalkan mengambil Jamu Ratu Dara untuk menghilangkan senggugut.