Memaparkan catatan dengan label Keputihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Keputihan. Papar semua catatan

Khasiat Jamu Ratu Dara



KHASIAT JAMU RATU DARA::

♥ Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi bahagian keintiman wanita.
♥ Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
♥ Merawat keputihan dengan berkesan.
♥ Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
♥ Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
♥ Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
♥ Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
♥ Meningkatkan kesuburan wanita.
♥ Membantu mendapatkan zuriat.
♥ Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
♥ Membantu menurunkan berat badan.
♥ Mencegah barah payudara dan rahim.
♥ Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.

Petua Merawat Keputihan

Petua Tradisional Untuk Merawat Keputihan

Pilihan 1: 

Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan tiga gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.

Pilihan 2: 

Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tapis dan minum.

Pilihan 3:


 Ambil kira-kira 30 gram daun baru Cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.

Pilihan 4: 


Ambil 20gram daun dan akar Tapak Leman dan potong kecil. Sertakan juga 10 gram daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gram daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum 2 kali sehari sebelum datang haid.

Pilihan 5: 


Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.

Pilihan 6: 


Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.

Pilihan 7: 


Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.

Pilihan 8: 


Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.

Pilihan 9: 


Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk. Digunakan sebagai ubat sapu.

Pilihan 10: 


Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila sudah sejuk.

Macam2 petua kan? Mungkin boleh diamalkan kepada yang rajin..:)..

Untuk rakan2 yang tak rajin cam saya boleh juga mengamalkan Jamu Ratu Dara ni..berkesan untuk merawat keputihan..