Memaparkan catatan dengan label Jamu Ratu Dara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jamu Ratu Dara. Papar semua catatan

Testimoni Terbaru Jamu Ratu Dara ( Part 2 )


Testimoni 1 : Haid teratur, badan bertenaga, mengatasi sembelit



Testimoni 2 : Menyuburkan rahim, menambahkan tenaga, menghilangkan keputihan



Testimoni 3 : Menyuburkan rahim



Testimoni 4 : Mengatasi masalah sembelit



Testimoni 5 : Menghilangkan masalah senggugut


atau 

SMS/Whatsapp >>> 017-4050930 (Giedah)



Petua Untuk Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin



Pilihan 1: Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam. Kemudian tapis dan minum airnya. Sebelum tidur, lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali . Rahim anda mengecut. Elakkan memakan nanas.

Pilihan 2: Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

Pilihan 3: Selepas bersalin, anda dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Amalkan meminumnya selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/peranakan anda ke tempat asal.

P/s: Pengambilan Jamu Ratu Dara selepas 20 hari berpantang mampu mengecutkan rahim wanita lepas bersalin. Insha Allah 

Kongsikan Berita Gembira Anda!!!!



Giedahon9shoppe amat mengalu-alukan pengguna setia Jamu Ratu Dara untuk kongsikan berita kehamilan anda..

Antara yang bersedia untuk mengongsikan berita ini adalah drp Dina..Dina berumur 30-an. Sudah berkahwin dan mempunyai seorang cahayamata berumur 6 tahun. Pelbagai usaha untuk hamil anak kedua dibuat. Dina telah menghantarkan pesanan ke inbox FB GiedahOn9shoppe untuk mencuba Jamu Ratu Dara pada bulan December 2012 lepas. Beliau telah mengamalkan 2 botol JRD secara konsisten dan akhirnya berjaya hamil dengan izinNya..Alhamdulillah.. :)


Tahniah diucapkan..



Harga sebotol RM30(SM), RM35(SS)
** Pembelian 2 botol FREE POSTAGE!!!!

PM Giedahon9shoppe atau SMS 017-4050930 utk pertanyaan/order..


Testimoni Terbaru Jamu Ratu Dara ( Part 1 )


Testimoni 1: Berjaya Hamil


Testimoni 2: Hubungan Suami Isteri lebih Intim


Testimoni 3: Menghilangkan Kepenatan Fizikal



Testimoni 4: Menghilangkan Keputihan



Jamu Ratu Dara
Harga sebotol RM30(SM), RM35(SS)
** Pembelian 2 botol FREE POSTAGE !!!
PM Giedahon9shoppe atau SMS 017-4050930 utk pertanyaan/order..

Testimoni Ratu Mirifica Plus ( Part 1 )





Testimoni 1


Testimoni 2



Testimoni 3



Testimoni 4



Testimoni 5



Testimoni 6


Sebotol RM45(SM), RM47(SS)
** Pembelian 2 botol FREE POSTAGE!!!!

PM Giedahon9shoppe atau SMS 017-4050930 untuk pertanyaan/order..




Khasiat Jamu Ratu Dara



KHASIAT JAMU RATU DARA::

♥ Sangat berkesan untuk merapatkan, mengetatkan serta menghangatkan lagi bahagian keintiman wanita.
♥ Mengembalikan tenaga batin luaran & dalaman wanita.
♥ Merawat keputihan dengan berkesan.
♥ Melancarkan haid dan mengatasi sengugut.
♥ Membantu mengatasi sakit pinggang & membuang angin dalam badan.
♥ Memulihkan tenaga dan peredaran darah.
♥ Mengecut & menguatkan rahim selepas bersalin.
♥ Meningkatkan kesuburan wanita.
♥ Membantu mendapatkan zuriat.
♥ Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
♥ Membantu menurunkan berat badan.
♥ Mencegah barah payudara dan rahim.
♥ Seri awet muda dan boleh mencantikkan kulit.

Jamu Ratu Dara & Ratu Mirifica Plus : MAL No

Antara syarat membeli produk kesihatan atau kecantikan ialah mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan. Ia bertujuan untuk mengenalpasti sama ada kandungan sesebuah produk itu  mempunyai ramuan yang dibenarkan dan selamat untuk kesihatan.

Jangan risau..Jamu Ratu Dara & Ratu Mirifica Plus ada no KKM. Jadi jangan ragu-ragu untuk mencuba ye.. Rugi... :)



Jamu Ratu Dara : Ori ker tiruan?

Ada kalangan pengguna Jamu Ratu Dara yang berasa was-was untuk membeli Jamu Ratu Dara kerana takut terbeli produk tiruan. Jom semak ciri-ciri keselamatan yang menjadi pengukur sama ada produk yang dibeli adalah ori atau tiruan..



Kalau belum jelas boleh refer gambar di bawah ye..


P/s: Saya jual yg ori taw..:)



Jamu Ratu Dara & Ratu Mirifica Plus: Supplement Herba Wanita

BERAT badan meningkat, kulit kering, muka sembap, rambut rapuh dan gugur, kerap letih, mengantuk, pergerakan dan tindak balas menjadi perlahan. Simptom-simptom ini sering dianggap sebagai perkara semula jadi dalam proses penuaan, terutama bagi wanita yang memasuki era 40-an.

Boleh dikatakan hampir semua orang turut mengalami gejala sama, tetapi pada tahap berbeza. Namun, hakikatnya ia bukan sebahagian daripada proses semula jadi penuaan kerana ada orang masih mampu bergiat aktif, nampak awet muda, cergas dan tajam fikirannya, walaupun usia melebihi separuh abad.


Menurut Pegawai Perubatan, Dr. Asmah Musa, antara simptom yang akan merubah wanita 40-an mengalami proses penuaan adalah:


1) cepat letih

2) mengah
3) tidur tidak lena
4) asyik nak tidur dan mudah sangat nak tidur. 

Bagi menopaus, wanita akan sentiasa berasa panas, paling ketara dari segi psikiatri iaitu tekanan dan mudah berasa tersisih. Ini berlaku kerana hormon wanita turun dan menyebabkan mood tiada.


PUNCANYA? 
Kesibukan dan tekanan wanita moden menyebabkan mereka sering berhadapan dengan masalah kesihatan seperti:


1) haid tidak teratur

2) kulit tidak licin dan cerah
3) payu dara tidak anjal
4) rahim lemah
5) tangan dan kaki sejuk
6) otot vagina tidak ketat dan kering serta bendalir vagina tidak cukup.
 
Selain amalan gaya hidup sihat, suplemen tambahan dapat membantu wanita mengatasi masalah-masalah tersebut.


Jadi, apa tunggu lagi? Amalkanlah supplement harian yang baik untuk kesihatan anda. 



Jamu Ratu Dara & Ratu Mirifica Plus adalah supplement terbaik kaum wanita ♥ 
Anda cuba, anda tahu.


Petua Untuk Merawat Sembelit


Pilihan 1: 

Makan buah pisang atau betik selalu.

Pilihan 2: 

Ambil 2 biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini 2 kali sehari sehingga sembuh.

Pilihan 3: 

Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.

Pilihan 4: 

Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.

Pilihan 5: 

Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Minum sebanyak 3 pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.

Pilihan 6: 

Minum air kopi pahit yang tidak bergula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tersebut. Sesudah dibancuh pekat, minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkannya dan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.


Ehsan: Google


PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله


Sumber: Facebook E-Petua

Apa itu senggugut?


Senggugut, ataupun istilah perubatannya “dismenore” adalah merupakan antara keluhan yang sangat menganggu pada wanita usia produktif. Ia bukan saja sesuatu yang sangat menyakitkan bahkan dapat sampai mengganggu aktiviti seharian sesorang wanita sehingga menurunkan prestasi hidup dan kerjanya.

Dismenore, berasal daripada perkataan Greek, yang terdiri dari “ Dis” yang bermaksud sukar atau sulit,”men” atau bulan dan “rheein” yang bermaksud mengalir atau keluar, jadi makna secara umumnya beerti kesakitan saat haid , atau haid yang sukar dan bermasalah. Secara medis, dysmenorrhea ini didefinisikan sebagai kesakitan yang dialami saat haid, sehingga mengganggu aktiviti seharian dan memerlukan terapi.



Ehsan: Google


Gejala senggugut

Selain daripada rasa sakit yang sangat mengganggu tadi, senggugut dapat disertai dengan keluhan lain seperti sakit kepala, mual, muntah dan diare. Rasa sakit selalunya dirasakan pada hari pertama haid terutamanya saat aliran haid mula terjadi dengan banyak.

Kenapa senggugut itu terjadi?

Senggugut terjadi disebabkan kontraksi atau pengecutan otot rahim yang berlebihan saat haid. Pengecutan ini dipacu terutamanya oleh hormon yang kita kenal sebagai hormon prostaglandin. Sebagai mana yang kita tahu, saat haid, dinding dalam rahim yang tadinya tebal sebagai persedian untuk terjadinya kehamilan , akhirnya disebabkan tidak terjadinya proses pembenihan oleh sperma, maka akan mengalami pemerosotan.Lapisan tisuyang tebal itu akan dihancurkan oleh tubuh secara biologis. Kematian sel-sel ini secara langsung akan menghasilkan hormone prostaglandin. Maka tidak hairan pada orang yang sedang haid kadar hormone ini memang tinggi. Namun tidak semua orang akan mengalami rasa sakit yang sampai mengganggu aktiviti mereka.

Kontraksi yang dipacu oleh prostaglandin ini sangat penting untuk memastikan rahim bersih daripada sel-sel yang mati tadi. Tetapi disebabkan kadar prostaglandin yang terlalu tinggi tadi , keluhan senggugut akan muncul.

Kenapa ada yang senggugut kenapa ada yang tidak?

Disebabkan senggugut merupakan penyakit hormonal jadi faktor genetik sangat memainkan peranan.Sekiranya adik beradik anda ada yang senggugut anda mungkin akan mengalaminya juga.Selain itu terdapat beberapa faktor risikolainyang dapat meningkatkan kemungkinan seseorang itu mengalami senggugut iaitu haid pertama yang dini( menarche), kitar haid yang panjang, merokok, obesiti dan peminum alkohol. Stress emosi yang tinggi dan rehat yang tidak mencukupi dapat mengganggu kestabilan hormon tubuh dan seterusnya memacu penyakit ini.



Ehsan: Google



KLASIFIKASI DISMENORE

Kita dapat klasifikasikan dismenore kepada dua jenis, iaitu dismenore primer dan sekunder

Dismenore Primer

Adalah dismenore yang terjadi disebabkan hanya faktor hormonal dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi seseorang wanita itu. Jadi masalah itu bukan berpunca dari luar tetapi masalah pada sistem hormon wanita tersebut yang dipacu oleh faktor-faktor yang telah saya sebutkan tadi.

Dismenore Sekunder

Adalah dismenore yang terjadi disebabkan adanya kelainan lain pada sistem reproduksi, seperti pada kelainan endometriosis, radang rongga pelvis, jangkitan, penyakit usus, kehamilan ektopik atau luar rahim dan sebagainya. Dismenore jenis ini yang harus diberi perhatian dan mendapat pengubatan yang selanjutnya kerana boleh mengakibatkan kerosakan pada sistem reproduksi wanita sehingga boleh menyebabkan kemandulan.
Jadi kenyataan awam yang mengatakan wanita yang senggugut itu susah untuk hamil ada benarnya sekiranya jenis dismenore yang dialami adalah daripada jenis yang sekunder ini terutamanya wanita yang mengalami endometriosis atau kista coklat.Namun begitu belum tentu semua kelainan yang telah saya telah sebutkan tadi berakhir dengan kemandulan tergantung kepada derajat keparahan penyakit dan jenis penyakit itu sendiri.

Endometriosis

Endometriosis adalah kelainan yang terjadi apabila sebilangan kecil tisu yang menyerupai tisu rahim(endometrium) tumbuh pada struktur lain dalam tubuh selain dalam rahim.Keluhan yang dirasakan persis sama seperti senggugut primer namun hanya terjadi sebelum haid bermula. Setelah haid mula keluar, rasa sakit yang dirasakan menghilang.
Saya memilih untuk menjelaskan penyakit ini dengan lebih detail disebabkan penyakit ini adalah merupakan salah satu penyakit yang tersering menyebabkan masalah kemandulan pada wanita. Jadi sekiranya anda mengalami keluhan seperti diatas, adalah lebih baik mendapatkan pemeriksaan di pusat kesihatan yang berhampiran.


Sumber :- Facebook Jamu Ratu Dara

Cara Pengambilan Jamu Ratu Dara


UNTUK YANG SUDAH BERKAHWIN :


Ehsan: Google


1. Makan 2 Kapsul Pagi (selepas sarapan) & 2 Kapsul sebelah malam untuk 1 minggu yg pertama.


2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 2 kapsul sekali mkn setiap hari sehingga datang bulan.

3. Datang bulan (Haid) perlu hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara (JRD).

4. Selepas habis Haid, ulangi langkah - langkah diatas kembali.

*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yg tahu.




Ehsan: Google



UNTUK YANG BELUM BERKAHWIN (ANAK DARA/GADIS) :

1. Makan 1 Kapsul Pagi (selepas sarapan) & 1 Kapsul Sebelah Malam untuk 1 minggu yg pertama.

2. Minggu ke-2 dan seterusnya, makan 1 kapsul sekali mkn setiap hari sehingga datang bulan.

3. Datang bulan (Haid) perlu hentikan pengambilan Jamu Ratu Dara (JRD).

4. Selepas habis Haid, ulangi langkah2 diatas kembali.

*Pada bila-bila masa sahaja, anda boleh menambah dos kepada maksima 4 kapsul sehari sekiranya anda perlukan ekstra tenaga, ekstra rapat, alami keputihan yg ekstra & perlukan ekstra khasiat-khasiat lain di dalam JRD. Badan anda, hanya anda yg tahu.




Ehsan: Google


UNTUK IBU YANG MENYUSU BAYI:


1. Makan 1 biji kapsul selepas makan, selama 3 hari berturut-turut untuk lihat keserasian bayi terhadap herba Jamu Ratu Dara.



2. Jika bayi anda tidak meragam atau cirit-birit, boleh teruskan pengambilan ke 2 biji kapsul sehari. 


3. Jika bayi anda tidak serasi, sila kurangkan dos ke 1 biji kapsul sehari semula.


**Kebanyakan ibu menyusu yang mengikuti aturan di atas, lazimnya tiada sebarang masalah yang dihadapi oleh bayi mereka, malah diperakui dapat membantu membanyakkan air susu ibu.



Ehsan : Google


UNTUK PESAKIT DARAH TINGGI / KENCING MANIS :



1.Makan 1 biji kapsul selepas makan, selama 3 hari berturut-turut untuk lihat keserasian badan anda terhadap herba Jamu Ratu Dara.

2.Jika badan anda tidak menunjukan sebarang alahan, boleh tambahkan dos kepada 2 biji kapsul setiap hari. Dos maksima untuk anda adalah 2 biji kapsul setiap hari sahaja.






Ehsan: Google


UNTUK KEINTIMAN HUBUNGAN SUAMI ISTERI :



**Tips – Amalkan memakan JRD 2 biji pagi dan 2 biji malam. Cuti dari bersama suami selama 3-5 hari. Selepas tempoh bercuti dan berpantang selama 3-5hari itu, cuba bersama dengan suami anda. Pasti akan rasa perbezaanya! Hangat seperti malam pertama.. :)







Petua Merawat Keputihan

Petua Tradisional Untuk Merawat Keputihan

Pilihan 1: 

Basuh daun jeruju hitam secukupnya dengan bersih. Rebuskan dengan tiga gelas air, biarkan mendidih sehingga menjadi satu gelas. Setelah sejuk, tapiskan air didihan tersebut dan minum.

Pilihan 2: 

Hiris rizom keladi gajah nipis-nipis kemudian digoreng tanpa minyak bersama kira-kira segenggam beras sehingga hangus. Masukkan ia ke dalam air dan rebus selama beberapa jam, seelok-eloknya 5 jam. Campurkan gula ke dalam rebusan tersebut dan biarkan sejuk. Apabila telah sejuk, tapis dan minum.

Pilihan 3:


 Ambil kira-kira 30 gram daun baru Cina. Rebuskan sehingga mendidih dan tapiskan apabila telah sejuk. Bolehlah diminum.

Pilihan 4: 


Ambil 20gram daun dan akar Tapak Leman dan potong kecil. Sertakan juga 10 gram daun inai, 15g rizom kunci kuning dan 30gram daun misai kucing. Rebuskan kesemua bahan tersebut dan sejukkan. Tapis dan minum 2 kali sehari sebelum datang haid.

Pilihan 5: 


Ambil segenggam daun senduduk, sepotong bonglai dan halia. Rebuskan bahan-bahan tersebut bersama sedikit gula. Tapis apabila telah sejuk untuk diminum.

Pilihan 6: 


Ambil daun beluntas secukupnya dan rebus dengan segelas air. Tapis apabila telah sejuk dan minum.

Pilihan 7: 


Tanak nasi sehingga hangus. Ambil kerak nasi tersebut dan panggang sehingga hangus. Kemudian tumbuk sehingga lumat dan masukkan ke dalam setengah cawan air panas dan minum. Amalkan setiap hari sehingga masalah keputihan hilang.

Pilihan 8: 


Ambil 10 helai daun sirih dan direbus dengan satu liter air. Tapiskan. Air rebusan ini digunakan untuk menggantikan ‘feminine hygiene’. Selamat digunakan walaupun ketika haid.

Pilihan 9: 


Ambil kulit buah delima secukupnya dan jemur sehingga kering. Setelah kering, rebuskan kulit buah delima tersebut dan tapiskan apabila telah sejuk. Digunakan sebagai ubat sapu.

Pilihan 10: 


Akar sentul dipotong kecil dan direbus dengan 3 gelas air sehingga menjadi satu gelas. Tapis dan minum apabila sudah sejuk.

Macam2 petua kan? Mungkin boleh diamalkan kepada yang rajin..:)..

Untuk rakan2 yang tak rajin cam saya boleh juga mengamalkan Jamu Ratu Dara ni..berkesan untuk merawat keputihan..




Fasa Tindak Balas Jamu Ratu Dara

Jamu Ratu Dara Bertindak Melalui 3 Fasa:

Tindak Balas Jamu Ratu Dara

1. Fasa Pertama (Mencuci & Membuang)

Pada fasa pertama ini, herba-herba unik Jamu Ratu Dara akan bertindakbalas mencuci dan membuang segala toksin, darah kotor, keputihan dan sisa2 haid/buangan yg tersangkut dengan kadar yang optima bagi badan. Sedikit ketidakselesaan mungkin berlaku pada fasa ini tetapi tidak lama & ditahap ringan. Pengambilan air masak yg banyak setiap hari amat penting pada peringkat ini bagi membantu mempercepatkan proses ini.

2. Fasa Kedua (Merawat)


Ketika proses mencuci & menyahtoksin berlaku, herba2 hebat Jamu Ratu Dara juga bekerja secara selari merawat bahagian dalaman wanita agar kembali kepada keadaan asal yang optima. Pada fasa ini, Jamu Ratu Dara membantu melancarkan peredaran darah, mengembalikan elastisiti dalaman vagina dan rahim dan juga berupaya merawat luka-luka dalaman bagi yg lepas bersalin.

3.Fasa Ketiga (Mencegah)


Setelah dalaman wanita berada di tahap yg sihat dan terbaik, herba-herba hebat Jamu Ratu Dara akan berterusan membekalkan khasiat-khasiat yg penting bagi badan supaya dalaman anda sentiasa berada ditahap yang terbaik dan seterusnya dapat membantu mencegah berlakunya penyakit2 yg berisiko.

So,jika anda mengalami pening2, mengantuk, rasa mual, payudara dan ari-ari rasa berdenyut, keluar keputihan yg banyak pada awal pengambilan, itu adalah normal dan merupakan tindak balas dari herba dalam Jamu Ratu Dara (JRD). Segala tindak balas adalah bergantung kepada antibodi dan ketahanan badan masing-masing. Setiap tindakbalas ini juga berbeza diantara setiap individu. Tindakbalas ini hanyalah sementara dan akan hilang bila proses detox selesai nanti.

Minum air yg byk utk kesan yg lebih baik. Teruskan makan konsisten dan yakin. InsyaAllah akan mendapat kesan positif seperti pengguna yg telah berpuas-hati yg lain. :)





Merapatkan Kembali Bahagian Intim

Ramai wanita yang sudah melahirkan anak bimbang apabila mengalami masalah bahagian sulit ‘longgar’ dan kemutan yang tidak sehebat seperti malam pertama.

Masalah alat sulit longgar bukanlah sesuatu yang baru dalam kalangan kaum wanita. Ia sebenarnya perubahan hormon selepas melahirkan cahaya mata. Jika dibiarkan berlarutan, ia boleh menjejaskan keinginan seksual dan menimbulkan masalah dalam rumah tangga.

Semasa mengandung, saiz pelvik wanita membesar untuk menyokong proses kelahiran bayi.

Pembesaran tersebut membuatkan perubahan pada lantai pelvik seterusnya vagina wanita. Proses pelahiran yang berlaku turut menambahkan lagi perubahan tersebut.

Semasa melahirkan anak, dinding vagina dan otot yang menyokongnya akan diregangkan. Dalam sesetengah kes, di mana bayi bersaiz agak besar atau ia merupakan kelahiran pertama, dinding vagina dan pembukaan vagina akan terluka atau terkoyak.

Kelahiran bayi yang berulang kali akan mengembangkan salur vagina dan menjadikannya ruang sebenar. Pembukaan vagina boleh dipotong menggunakan scalpel atau pisau pembedahan semasa kelahiran bayi untuk mengelakkan kecederaan serius pada vagina.

Doktor akan melakukan episiotomi. Selepas episiotomi, luka akan dipulihkan melalui jahitan. Dengan penjagaan kebersihan diri dan ubat-ubatan, vagina akan kembali seperti sedia kala dalam beberapa hari.

Menurut Safi Abd Rahman, Pengamal perubatan tradisional, selepas itu setiap wanita perlu melakukan rawatan tertentu untuk mendapatkan kembali bahagian intim yang rapat.

Wanita perlu fokuskan kepada jenis rawatan, penjagaan pemakanan dan mengawal emosi kerana semuanya memainkan peranan penting untuk merapatkan kembali bahagian intim.

Rawatan

Ada pelbagai cara rawatan sama ada secara tradisional yang dilakukan sendiri di rumah atau pun melakukannya di salon dan spa. Antara rawatan yang disarankan adalah berurut, bertungku, bertangas, sauna, skrub dan senaman.

Skrub atau sentalan menggunakan bahan-bahan tertentu membantu membersihkan bahagian kelengkang yang berubah warna semasa hamil. Sementara rawatan sauna/tangas memberi kesan mengetatkan semula bahagian intim dan menghilangkan masalah bau atau keputihan.

Rawatan bertungku pula boleh menggunakan sama ada tungku batu, tungku herba atau tungku besi. Tungku herba yang terdiri daripada herba-herba seprti serai wangi, sirih, halia dan temu lawak dikatakan dapat memberikan khasiat lebih baik kepada bahagian sulit seperti mengetatkan dan menghilangkan keputihan.

Rawatan tradisional juga boleh dilakukan sendiri di rumah seperti mencuci bahagian sulit menggunakan air rebusan sirih selang sehari. Sirih dipercaya boleh mematikan bakteria yang menimbulkan kegatalan dan keputihan di bahagian intim wanita.

Selain rawatan tersebut, wanita perlu rajin mengamalkan senaman kegel. Semasa pantang, senaman kegel boleh membantu proses penyembuhan daripada luka episiotomi dengan lebih cepat, mengurangkan air kencing yang tidak terkawal dan menguatkan kembali otot-otot pelvik anda.

Bagaimana Untuk Membuat Senaman Kegel?

1. Kemutkan otot pelvik seperti anda mahu menahan air kencing.
2. Tahan selama 2-3 saat.
3. Lepaskan ia perlahan-lahan dan rehat.
4. Buat 25 kali tiga kali sehari tidak kira di mana anda berada.
5. Jangan kecutkan otot perut atau punggung semasa senaman ini.

Pemakanan Sihat

Makanan turut memainkan peranan penting dalam soal penjagaan bahagian intim. Makanan seimbang dan berkhasiat memberi kesan kepada bahagian tersebut.

Seeloknya wanita perlu menjaga pemakanan mereka dalam tempoh 100 hari selepas bersalin. Jika mengikut petua tradisional, makanan dalam kategori sejuk seperti timun, kobis, ais tidak boleh dimakan kerana ia memberi kesan tidak elok kepada otot bahagian pelvik seperti mudah kejang.

Amalan pemakanan ulam lengkuas atau dicampurkan dalam setiap hidangan makanan dipercaya boleh merapatkan semula peranakan (rahim) mereka selepas bersalin.

Khasiat biji manjakani telah diketahui umum baik untuk kesihatan wanita. Tannin yang terkandung dalam manjakani dikatakan mampu menegangkan semula otot-otot dalam faraj dan sekali gus merapatkan bahagian yang longgar dan kendur.Amalkan makan sebiji manjakani sekali dalam seminggu.

Selain menjaga pemakanan. Wanita perlu bijak mengawal emosi diri berhadapan dengan perubahan sebaik bergelar ibu. Apa pun anda tidak boleh sekali-kali mengenepikan tanggungjawab sebagai isteri terhadap suami tercinta.

Menurut Safi, pentingnya membina kembali hubungan intim bersama suami biar pun sibuk menguruskan bayi kecil.

“Biasanya wanita lupa kepada suami kerana sibuk memberi fokus kepada anak. Hubungan dengan suami adalah tanggungjawab dan kewajipan.”

Melakukan hubungan intim dengan suami selepas melahirkan anak mungkin sesuatu yang cuba dielakkan oleh sesetengah wanita terutama yang mengalami pengalaman pahit semasa bersalin.

Tetapi sebagai wanita muslim, kewajipan terhadap suami perlu dilunaskan asalkan diri sudah bebas daripada darah nifas dan badan telah sihat dan kuat.

Namun jika kedua pihak bersetuju untuk mengikut petua tradisional, digalakkan untuk melakukan hubungan intim selepas tempoh berpantang 40 hari bagi membolehkan otot-otot dan badan benar-benar bersedia dan bertenaga.

Tip

• Sebelum tidur bersihkan bahagian intim daripada segala kotoran dan bau-bauan.
• Pakai seluar dalam yang diperbuat daripada kain kapas semasa tidur.
• Pakaian tidur yang seksi daripada fabrik satin atau renda hanya sesuai sewaktu membuat hubungan bersama suami sahaja tetapi tidak sesuai untuk waktu tidur yang panjang kerana ia tidak menyerap peluh. Ia boleh menimbulkan kesensitifan pada bahagian sulit.
• Jika ada masalah bau atau keputihan, berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan ubat antibiotik bagi mematikan bakteria di bahagian sulit.
• Digalakkan wanita mengambil suplemen seperti evening primrose oiil dan multivitamin sebagai menjana tenaga dan kesihatan.

Sumber Artikel: http://pama.karangkraf.com





S: Adakah boleh mengamalkan Jamu Ratu Dara selepas bersalin / melahirkan? 
J : Bagi orang yang baru melahirkan anak, boleh mengambil JRD pada hari ke-20 dalam  
     pantang. JRD dapat mengembalikan tenaga, menegangkan otot-otot yang kecut,    
     menyembuh luka bersalin, memulih dan menyempitkan lagi faraj dan boleh    
     mengecutkan rahim. 
 **Namun jika menyusu badan, tidak di galakkan / bergantung pd bayi. Mulakan dgn   
   dos yg sedikit iaitu sebiji sehari. Jika bayi tidak serasi, berhenti.

Untuk dapatkan Jamu Ratu Dara klik sini:- https://www.facebook.com/pages/Giedah-Online-Shop-Jamu-Ratu-Dara-Ratu-Mirifica-Plus/372428339506340