Petua Untuk Mengecutkan Rahim Selepas Bersalin



Pilihan 1: Rendamkan beberapa helai daun penggaga bersama akarnya dengan air suam. Kemudian tapis dan minum airnya. Sebelum tidur, lakukan pengecutan (kemut) sebanyak 20 kali . Rahim anda mengecut. Elakkan memakan nanas.

Pilihan 2: Rebuskan halia tua dengan gula merah, kulit kayu manis, jintan manis dan daun pandan. Minum air rebusan ini beberapa kali sehari. Petua ini dapat membuang angin, melawaskan buang air besar dan mengecutkan rahim.

Pilihan 3: Selepas bersalin, anda dinasihatkan meminum air kunyit muda ditumbuk bersama putih telur mentah.Amalkan meminumnya selama 3 hari berturut-turut. Ia dapat mengecutkan rahim/peranakan anda ke tempat asal.

P/s: Pengambilan Jamu Ratu Dara selepas 20 hari berpantang mampu mengecutkan rahim wanita lepas bersalin. Insha Allah 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan