Pilihan 1:
Makan buah pisang atau betik selalu.
Pilihan 2:
Ambil 2 biji pisang lemak manis yang cukup masak. Buang kulitnya dan kisar bersama segelas air. Amalkan minum air pisang ini 2 kali sehari sehingga sembuh.
Pilihan 3:
Dapatkan akar temu lawak dan segenggam biji sawi. Masukkan ke dalam periuk dengan air secukupnya. Rebus hingga mendidih. Tutup api dan biarkan sejuk pada suhu bilik. Tapis dan minum airnya pagi dan petang setiap hari sehingga sembuh.
Pilihan 4:
Rebus daun gelenggang dan jadikan ulaman makan bersama nasi setiap hari.
Pilihan 5:
Buah manjakani, buah pala, bunga lawang dan bunga cengkih digiling halus kesemuanya. Bahagikan kepada 3 bahagian sama banyak. Minum sebanyak 3 pagi bersama air suam yang dicampurkan dengan madu dan telur ayam.
Pilihan 6:
Minum air kopi pahit yang tidak bergula sedikitpun, tetapi anda campurkan sedikit garam pada kopi tersebut. Sesudah dibancuh pekat, minumlah sebaik-baiknya pada waktu malam mahupun pagi. Amalkannya dan pasti anda akan buang air dengan mudah dan lancar sekali.
Ehsan: Google
PERINGATAN: Dalam mengamalkan atau mengaplikasikan petua-petua yang disebut di sini, perlu diingatkan bahawa jangan terlalu mengharapkan perubahan yang begitu cepat dalam sekelip mata. Berikan sedikit masa pada diri anda untuk menjadi serasi dengan petua yang diamalkan. Dari kesabaran itu akan terbitnya penghasilan yang baik dan berkesan. إن شاء الله
Sumber: Facebook E-Petua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan