Spesies dan asal usul pueraria mirifica
Semua sekali, terdapat sebanyak 13 spesies keluarga pueraria. Walaubagaimanapun hanya satu spesies pueraria sahaja yang bermanfaat untuk manusia dan ia hanya tumbuh di utara Thailand iaitu pueraria mirifica. Pueraria mirifica turut dikenali dengan nama Kwao Krua atau Butea Superba. Pueraria yang tumbuh di negara-negara lain seperti Malaysia dan Indonesia, tidak mampu melakukan apa yang dilakukan olah pueraria mirifica.
Seorang doktor dari barat pernah datang ke Thailand semata-mata untuk mengkaji tumbuhan yang mengagumkan ini. Beliau membuat kajian terhadap pueraria mirifica dan mendapat keputusan yang sungguh memeranjatkan dan mengagumkan. Penduduk di kawasan di mana pueraria mirifica tumbuh, mempunyai peratusan kanser payudara yang sangat rendah dan mempunyai jangka hayat yang panjang.
Berdasarkan hasil kajiannya, beliau mendapati bahawa pueraria mirifica adalah 3000 kali lebih kuat berbanding Genistein dan membuatkan Black Cohosh dan juga Red Clover tak ubah seperti gula-gula. Genistein adalah bahan yang terdapat dalam kacang soya yang digunakan untuk wanita yang telah menopaus. Black Cohosh digunakan untuk terapi hormon. Red Clover pula digunakan untuk merawat imun sistem dalam badan.
Tunas pada pueraria mirifica mengandungi phytoestrogens seperti miroestrol, deoxymiroestrol yang mana tidak terdapat pada mana-mana tumbuhan lain. ianya adalah jauh lebih kuat berbanding soya atau isoflavone dari red clover. Sekarang ia sedang dikaji untuk digunakan sebagai 'terapi penggantian hormon'.
KHASIAT HERBA PUERARIA MIRIFICA
1.
Menstabilkan hormon estrogen.
2. Agen anti-penuaan untuk kulit berkedut
3. Menghitamkan rambut beruban dan melebatkan
rambut
4. Membantu meningkat selera makan
5. Membantu menambah tenaga dan meningkatkan
semangat
6. Membantu memulihkan daya ingatan.
7. Melancarkan perjalanan darah.
8. Membantu mengatasi masalah sukar tidur.
9. Membantu memantapkan payudara.
Ehsan : Google
1. Herba Pueraria mirifica merupakan tumbuhan herba yang sangat terkenal dengan khasiatnya yang pelbagai. Hasil kajian saintifik menunjukkan herba ini dapat mengembalikan keremajaan khususnya untuk wanita. Bertindak dari dalam untuk menyerlahkan kecantikan dan kesihatan dalaman serta luaran yang menyeluruh, dari hujung rambut ke hujung kaki.
2. Kelebihan utama herba Pueraria mirifica
adalah menyeimbangkan hormon estrogen untuk
memelihara ciri-ciri kewanitaan seorang
wanita. Hormon estrogen merupakan kunci utama di dalam kesuburan seorang
wanita. Ia menyerlahkan sifat kewanitaan serta membantu dalam membentuk tubuh
badan wanita.
3. Antara lain kelebihan herba Pueraria
mirifica adalah sebagai agen anti-penuaan di mana ia dapat
membantu mengurangkan masalah kedutan pada
kulit dengan menegangkan dan menghaluskan struktur kulit. Kedutan pada kulit
akan berkurangan dengan berkurangnya garis-garis halus, sekaligus menjadikan
anda tampak lebih muda.
4. Di samping itu, Pueraria mirifica juga
dapat melebatkan rambut dan melambatkan uban. Rambut
akan tampak lebih sihat dan bersinar. Ia juga
dapat membantu menambah tenaga dan meningkatkan semangat, supaya lebih cergas
menjalani kehidupan seharian.
5. Tumbuhan herba ini juga berkhasiat untuk
menambahkan selera makan, membantu memulihkan
daya ingatan serta melancarkan perjalanan
darah. Ia juga dapat membantu masalah sukar tidur, supaya dapat tidur lebih
lena pada waktu malam.
6. Herba Pueraria mirifica ini juga dapat
mengangkat dan menganjalkan kembali payudara yang telah kendur akibat daripada
proses penuaan. Payudara akan menjadi lebih pejal dan mantap, menjadikan anda
kelihatan lebih muda berbanding usia sebenar.
7. Kesimpulannya, herba Pueraria mirifica
merupakan tumbuhan herba yang sangat berguna bagi
golongan wanita untuk memelihara kesihatan
agar kekal cergas dan bertenaga, di samping kelihatan menarik dan lebih muda
daripada usia sebenar.